rasa marah hadir bila timbul kekesalan yang maksima dalam diri..menimba kekesalan yang hadir..tiada pengakhirannya..sikap yang terbentuk di luar lingkungan diri mempunyai banyak persepsi tindakan yang membentuk rasa-rasa marah terhadap sesuatu yang tak mampu untuk di tafsirkan secara sendiri...kesabaran mula terkikis secara totalnya..kewarasan akal fikiran tidak lagi mampu menahan amarah yang hadir dalam diri..keadaan sekeliling yang langsung merunsingkan dan tidak berdaya tolak buat diri semakin diasak rasa yang tidak menentu..akhirnya kemarahan datang tanpa diminta pergi..semakin jauh dari kenaifan sifat manusia..berlalu bersama kemarahan yang belum habis..
menafikan rasa marah adalah sesuatu yang bukan fitrah insan..marah adalah golongan kata yang serasi dengan sifat da sikap yang terbentuk dalam diri manusia...insan cuma diberi pilihan..apakah hidup ini akan selalu bersama-sama rasa marah..setiap kelemahan dan kesilapan harus disusuli dengan kemarahan..ternyata tafsiran ini salah tetapi situasi sepertimana ini..selalu berlaku diluar kotak kewarasan insan..
untuk mengatasi rasa marah..perlu mendidik diri sewajarnya menerima ketentuan yang ditetapkan atas kelemahan yang tercipta ke atas sekeliling kita..meyakinkan diri..rasa marah tidak sama sekali membantu..penafian terus berlaku..kebenaran sangat payah terselindung..dan kejayaan semakin jauh kerana adanya sifat marah..tetapi tidaklah terkeluar dari batas-batas insan untuk ada perasaan marah..marah cuma sekadar satu bentuk emosi manusia yang tidak berdaya kawal dan seseklinya berada diluar profasionalisma seseorang..
kemarahan juga sebenarnya mampu menjadi daya tolak paling jitu buat kejayaan seseorang..
No comments:
Post a Comment